• ;

SELAMAT TAHUN BARU 2026

Selamat menyambut Tahun Baru 2026 daripada Unit Pembangunan Latihan kepada semua warga IPGKI. Sila kunjungi UPL untuk mendapatkan info semasa tentang latihan sepanjang tahun 2026. Kami sedia memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada warga IPGKI. Semoga kita bersama-sama meneruskan perjuangan ke arah Kecemerlangan IPGKI

#THE INSPIRATION OF POSITIVE AND OBJECTIVE HEARTS#




Kongsi:

15 - 17 DISEMBER 2025 (Isnin - Rabu) Kursus Orientasi dan Pemantapan Profesional Pensyarah Baharu IPGKI (SIRI 2)

15 - 17 Disember 2025: Kursus Orientasi dan Pemantapan Profesional Pensyarah Baharu IPGKI (siri 2) telah dilaksanakan di IPG Kampus Ipoh. Kursus ini dijalankan untuk memberi kefahaman mendalam kepada pensyarah baharu tentang falsafah, visi, misi serta hala tuju Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam konteks Pendidikan Guru di Malaysia.








Kongsi:

10 - 12 NOVEMBER 2025 (Isnin - Rabu) Kursus Orientasi dan Pemantapan Profesional Pensyarah Baharu IPGKI (SIRI 1)

10 - 12 November 2025: Kursus Orientasi dan Pemantapan Profesional Pensyarah Baharu IPGKI telah dilaksanakan di SSTP,JPN Perak. Kursus ini dijalankan untuk memberi kefahaman mendalam kepada pensyarah baharu tentang falsafah, visi, misi serta hala tuju Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam konteks Pendidikan Guru di Malaysia


Kongsi:

28 April 2025 (Isnin) Bengkel Rakyat Digital AI - Pendidikan dan Latihan Vokasional Digital (DVET)

 

28 April 2025: Bengkel Rakyat Digital AI - Pendidikan dan Latihan Vokasional Digital (DVET) telah dilaksanakan bagi kesemua pensyarah IPGKI. Program Rakyat Digital merupakan Pendidikan & Latihan Vokasional Digital, dijalankan oleh SOLS Foundation dengan kerjasama IBM SkillsBuild serta sokongan daripada Kementerian Digital Malaysia dan MyDIGITAL Corporation, merevolusikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia.  












Kongsi:

29-30 April 2025 (Selasa - Rabu) Bengkel Pemantapan Training of Trainers (TOT) PTM Bagi Tahun 2025

 

29-30 April 2025: Bengkel Pemantapan Training of Trainers (TOT) Prgram Transformasi Minda (PTM) IPGM Kampus Ipoh telah dilaksanakan di Pusat Kegiatan Guru, Kampar (PKG) yang melibatkan 5 orang penceramah, 2 orang fasilitator dan 12 orang peserta serta seorang urus setia. Bengkel ini dirancang bertujuan untuk melatih pensyarah baharu sebagai penceramah Program Transformasi Minda (PTM) yang terdiri daripada 12 slot ceramah.









Kongsi:

16-17 April 2025 (Rabu - Khamis) Kursus Pengukuhan Profesionalisme Anggota Kumpulan Pelaksana Merealisasikan Inovasi Kreatif Siri I & II

 

16-17 April 2025: Kursus Pengukuhan Profesionalisme Anggota Kumpulan Pelaksana Merealisasikan Inovasi Kreatif Siri I&II telah dilaksanakan bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang mana memberi pendedahan tentang cara membangunkan sesuatu inovasi dan juga cara pendokumentasian inovasi tersebut. Seramai 6 orang pensyarah telah menyampaikan ceramah dan melaksanakan aktiviti praktikal khususnya dalam bahagian penulisan laporan inovasi. 


Siri I





Siri II





Kongsi:

21-25 April 2025 (Isnin-Jumaat) Program Transformasi Minda PTM Siri III Secara Dalam Talian Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

 21-25 April 2025:  Program Transformasi Minda PTM Siri III secara dalam talian telah dilaksanakan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) baharu anjuran Unit Pembangunan Latihan (UPL) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN). Seramai 120 orang peserta Program Transformasi Minda PTM Siri III telah diagihkan dalam kumpulan A dan B yang mana setiap kumpulan mempunyai 60 orang peserta. Program tersebut telah dikendalikan oleh 12 orang penceramah diikuti 2 orang fasilitator serta 3 orang urus setia. 











Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1