PENGENALAN
LATAR BELAKANG
Unit Pembangunan Latihan (UPL), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh bertanggungjawab melaksanakan program-program pembangunan staf dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kumpulan sasaran, bidang latihan dan pendekatan latihan berdasarkan data yang diperoleh daripada Analisis Matrik Kompetensi yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus – kursus yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Latihan mencakupi aspek kualiti diri, pengurusan, penyelidikan dan pembangunan, perkhidmatan dan penglibatan, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru, visi dan misi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kini, kursus jangka pendek yang dikelolakan oleh Unit Latihan Perkhidmatan (ULDP) adalah Program Transformasi Minda (PTM) dan kursus jangka panjang pula adalah Program Usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Cambridge English (KPM-CE).
FUNGSI
Memastikan setiap pegawai dan staf IPG Kampus Ipoh mengikuti kursus berdasarkan kepada Analisis Matrik Kompetensi yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh.
Memastikan setiap kakitangan IPG Kampus Ipoh mempunyai kompetensi menjalankan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.
Menyediakan staf IPG Kampus Ipoh dengan budaya kerja berpasukan yang berintegriti.
Menjalankan Program Transformasi Minda (PTM) dan Program Usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM-CE) dengan sempurna dan lancar.
VISI
Latihan Wadah Peningkatan Profesionalisme Bersterusan Dalam Perkembangan
Ilmu
MISI
Mengurus Latihan Berimpak Tinggi Bagi Meningkatkan Profesionalisme Dan
Kemahiran Semua Pensyarah Dan Staf IPG Kampus Ipoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan