Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web Unit Pembangunan Latihan (UPL), Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPG Kampus Ipoh). Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pelawat yang melayari laman web rasmi UPL, IPG Kampus Ipoh ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dan dengan limpah kurnianya laman web UPL ini dapat dibangunkan dan menyalurkan maklumat dengan pantas untuk pengetahuan semua warga institut dan masyarakat di luar sana.
UPL merupakan sebuah unit yang berperanan membangunkan dan mengembangkan potensi warganya. Setiap warga IPG Kampus Ipoh mempunyai potensi yang tersendiri dan akan dikembangkan melalui pelbagai program yang disediakan secara teratur dan tersusun. Selain itu, UPL IPG Kampus Ipoh juga bertanggungjawab memastikan pensyarah dapat melahirkan bakal guru yang lebih kreatif dan kritis sejajar dengan misi melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
Melalui laman web ini, pengunjung akan dapat mengetahui pelbagai maklumat serta program yang sedang dan akan berlaku sepanjang tahun di samping perkhidmatan yang disediakan oleh unit ini. Usaha ini adalah selari dengan galakan dan penekanan kepentingan strategik yang telah digariskan Semoga ianya dapat mewujudkan medium komunikasi yang baik buat semua pengunjung.
Saya juga amat mengalu-alukan sebarang respon, pandangan dan komen membina daripada pengunjung laman web yang dapat membantu pihak UPL, IPG Kampus Ipoh meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Sekian, Terima kasih
DR PHUN LEE LEE
Ketua Unit Pembangunan Latihan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan