21-22 Ogos 2023 : Unit Pembangunan Latihan, IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan Bengkel Eksplorasi Budaya Kerja IPG di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh. Bengkel ini melibatkan 15 pensyarah baharu di IPGKI. Tujuan bengkel ini diadakan untuk persediaan pensyarah kepada perubahan budaya kerja kampus IPG. Selain itu, memastikan pencapaian, kesinambungan dan pemahaman tentang visi, misi dan hala tuju IPG peneraju kecemerlangan Pendidikan dan turut meningkatkan motivasi dan perubahan sikap pensyarah.
LATIHAN WADAH PENINGKATAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM PERKEMBANGAN ILMU
Selasa, 22 Ogos 2023
Selasa, 15 Ogos 2023
14-15 OGOS 2023: BENGKEL PEMBINAAN MODUL LATIHAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB)
14-15 Ogos 2023 : Jabatan Ilmu Pendidikan dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan, IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan Bengkel Pembinaan Modul Latihan Pembangunan Profesionalisme (PPB) di Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands. Bengkel ini diadakan untuk membina modul latihan mengikut standard modul latihan yang ditetapkan dengan sempurna.
14-17 OGOS 2023 BENGKEL PEMERIKSA DALAM DAN VERIFIKASI PENTAKSIRAN IPG KAMPUS IPOH
14-17 Ogos 2023 : Unit Peperiksaan dan Penilaian dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan, IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan Bengkel Pemeriksa Dalam dan Verifikasi Pentaksiran di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Bengkel ini diadakan bagi menjamin mutu pembinaan soalan peperiksaan dan pentaksiran berterusan. Ia amat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan penggubalan soalan peperiksaan dan skema pemarkahan peperiksaan peringkat IPG Kampus Ipoh berjalan dengan lancar, sistematik dan sempurna serta dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
Jumaat, 11 Ogos 2023
09-10 OGOS 2023 : KURSUS REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN BAHAN GRAFIK DAN MULTIMEDIA UNTUK PEMANTAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
09-10 Ogos 2023 : Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh melaksanakan Kursus Reka Bentuk dan Pembangunan Bahan Grafik dan Multimedia Untuk Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Bestari, IPG Kampus Ipoh. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Mohd. Zaki bin Jamaluddin dari Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia IPG Kampus Ipoh
Rabu, 2 Ogos 2023
02 OGOS 2023: BENGKEL PEMANTAPAN DIGITAN RAKAN ELIT (RE) TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 PERINGKAT IPGK IPOH
02 Ogos 2023: Jawatankuasa Transformasi Sekolah 2025 (TS25) IPG Kampus Ipoh melaksanakan Bengkel Pemantapan Digital rakan Elit (RE) Transformasi Sekolah 2025 Peringkat IPGK Ipoh di Makmal Bistari, IPG Kampus Ipoh. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Mathan dari Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) IPG Kampus Ipoh dan Puan Hadzrawiah binti Kassim, Penyelaras TS25 IPG Kampus Ipoh.
02 OGOS 2023: KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIAL IPG KAMPUS IPOH
02 Ogos 2023: Unit Pembangunan Latihan (UPL) IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Taklimat Pencegahan Jenayah Komersial IPG Kampus Ipoh di Dewan Seri melati, IPG Kampus Ipoh. Taklimat telah disampaikan oleh ASP Mohamad Mahathir bin Abdullah Sapawi dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
28 April 2025 (Isnin) Bengkel Rakyat Digital AI - Pendidikan dan Latihan Vokasional Digital (DVET)
28 April 2025: Bengkel Rakyat Digital AI - Pendidikan dan Latihan Vokasional Digital (DVET) telah dilaksanakan bagi kesemua pensyarah IPGK...
-
6 Januari 2025: Bengkel Peningkatan Kompetensi Pengurusan dan Pentadbiran Penyelaras Latihan Pembangunan Staf (LPS) Jabatan/Unit IPGM Kampu...
-
26 Julai 2024: Perhimpunan Organisasi Bulan Julai 2024. Bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPGM Kampus Ipoh. Anjuran Unit Pembangunan Latihan,...
-
14 hingga 16 Oktober 2024: Bengkel Pemantapan TOT Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani dan Bengkel Pemantapan Training Of trainers TOT ...