• ;
  • ;

28 April 2025 (Isnin) Bengkel Rakyat Digital AI - Pendidikan dan Latihan Vokasional Digital (DVET)

 

28 April 2025: Bengkel Rakyat Digital AI - Pendidikan dan Latihan Vokasional Digital (DVET) telah dilaksanakan bagi kesemua pensyarah IPGKI. Program Rakyat Digital merupakan Pendidikan & Latihan Vokasional Digital, dijalankan oleh SOLS Foundation dengan kerjasama IBM SkillsBuild serta sokongan daripada Kementerian Digital Malaysia dan MyDIGITAL Corporation, merevolusikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia.  












Kongsi:

29-30 April 2025 (Selasa - Rabu) Bengkel Pemantapan Training of Trainers (TOT) PTM Bagi Tahun 2025

 

29-30 April 2025: Bengkel Pemantapan Training of Trainers (TOT) Prgram Transformasi Minda (PTM) IPGM Kampus Ipoh telah dilaksanakan di Pusat Kegiatan Guru, Kampar (PKG) yang melibatkan 5 orang penceramah, 2 orang fasilitator dan 12 orang peserta serta seorang urus setia. Bengkel ini dirancang bertujuan untuk melatih pensyarah baharu sebagai penceramah Program Transformasi Minda (PTM) yang terdiri daripada 12 slot ceramah.









Kongsi:

16-17 April 2025 (Rabu - Khamis) Kursus Pengukuhan Profesionalisme Anggota Kumpulan Pelaksana Merealisasikan Inovasi Kreatif Siri I & II

 

16-17 April 2025: Kursus Pengukuhan Profesionalisme Anggota Kumpulan Pelaksana Merealisasikan Inovasi Kreatif Siri I&II telah dilaksanakan bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang mana memberi pendedahan tentang cara membangunkan sesuatu inovasi dan juga cara pendokumentasian inovasi tersebut. Seramai 6 orang pensyarah telah menyampaikan ceramah dan melaksanakan aktiviti praktikal khususnya dalam bahagian penulisan laporan inovasi. 


Siri I





Siri II





Kongsi:

21-25 April 2025 (Isnin-Jumaat) Program Transformasi Minda PTM Siri III Secara Dalam Talian Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

 21-25 April 2025:  Program Transformasi Minda PTM Siri III secara dalam talian telah dilaksanakan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) baharu anjuran Unit Pembangunan Latihan (UPL) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN). Seramai 120 orang peserta Program Transformasi Minda PTM Siri III telah diagihkan dalam kumpulan A dan B yang mana setiap kumpulan mempunyai 60 orang peserta. Program tersebut telah dikendalikan oleh 12 orang penceramah diikuti 2 orang fasilitator serta 3 orang urus setia. 











Kongsi:

10-14 Mac 2025 (Isnin-Jumaat) Program Transformasi Minda PTM Siri II Secara Dalam Talian Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

 10-14 Mac 2025:  Program Transformasi Minda PTM Siri II secara dalam talian telah dilaksanakan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) baharu anjuran Unit Pembangunan Latihan (UPL) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN). Seramai 120 orang peserta Program Transformasi Minda PTM Siri II telah diagihkan dalam kumpulan A dan B yang mana setiap kumpulan mempunyai 60 orang peserta. Program tersebut telah dikendalikan oleh 12 orang penceramah diikuti 2 orang fasilitator serta 3 orang urus setia. 











Kongsi:

10-15 Februari 2025 (Isnin-Sabtu) Program Transformasi Minda PTM Secara Bersemuka Bagi Pelajar PISMP Unit W

 10-15 Februari 2025:  Program Transformasi Minda PTM secara bersemuka telah dilaksanakan bagi Pelajar PISMP Unit W anjuran Unit Pembangunan Latihan (UPL) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Seramai 256 orang Pelajar Unit W telah terpilih untuk Program Transformasi Minda PTM bagi tahun 2025. Program tersebut telah dijadualkan mengikut dua sesi iaitu sesi ceramah yang telah dilaksanakan bermula pada pagi hingga petang  manakala sesi pembelajaran kendiri dijalankan pada waktu malam secara bersemuka. 











Kongsi:

24-28 Februari 2025 (Isnin-Jumaat) Program Transformasi Minda PTM Siri I Secara Dalam Talian Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

24-28 Februari 2025:  Program Transformasi Minda PTM Siri I secara dalam talian telah dilaksanakan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) baharu anjuran Unit Pembangunan Latihan (UPL) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN). Seramai 120 orang peserta Program Transformasi Minda PTM Siri 1 telah diagihkan dalam kumpulan A dan B yang mana setiap kumpulan mempunyai 60 orang peserta. Program tersebut telah dikendalikan oleh 12 orang penceramah diikuti 2 orang fasilitator serta 3 orang urus setia.


KUMPULAN A









KUMPULAN B










Kongsi: