01 - 02.12.2022: BENGKEL PENATARAN MODUL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2022 SIRI 1

 01 – 02 Disember 2022: Unit Pembangunan Latihan (UPL) IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) dan Jawatankuasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah melaksanakan Bengkel Penataran Modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2022 Siri 1 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.

Bengkel Siri 1 ini disertai oleh 90 orang pensyarah dan dikendalikan oleh 6 orang Jurulatih Utama (JU) PBD. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi input kepada pensyarah berkenaan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran.

Melalui bengkel ini diharapkan pensyarah dapat menyebarluaskan konsep dan pelaksanaan PBD kepada siswa guru IPG Kampus Ipoh.






Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HALAMAN

JAM

WAKTU SOLAT

PAPARAN HALAMAN

BERITA TERKINI

POPULAR POST

STATISTIK PENGUNJUNG